Monday 22 April 2013

MINGGU 16

KEMAHIRAN LARI BERPAGAR 


Murid tahun 6 pada minggu ini akan mempelajari kemahiran dalam sukan olahraga iaiatu acara lari berpagar. Murid-murid ini kebanyakkannya tidak pernah mencuba atau mempelajari kemahiran lari berpagar. Pada kelas ini murid-murid melakukan aktiviti lari berpagar yang diubah suai menggunakan getah sebagai langkah keselamatan.




KEMAHIRAN LOMPAT TINGGI


Murid tahun 5 pada minggu ini mempelajari kemahiran sukan olahraga dan balapan bagi acara lompat tinggi. 





Sunday 21 April 2013

MINGGU 16

PERGERAKAN LOKOMOTOR ( MELOMPAT SEBELAH KAKI )


Pada minggu 16 ini, murid tahun satu akan mempelajari kemahiran pergerakan melompat sebelah kaki. Aktiviti ini dimulakan dengan sesi memanaskan badan dengan murid bermain "Laga Ayam". Selepas itu murid   melakukan aktiviti melompat anak sungai dan melompat ketingting.

Murid tahun 1 Dahlia melakukan aktiviti melompat sebelah kaki  ( melompat  anak sungai )


Murid dibahagikan mengikut kumpulan dalam aktiviti ketingting 

KEMAHIRAN ASAS PERMAINAN ( KATEGORI SERANGAN )


Murid tahun 3 pada minggu ini mempelajari Kemahiran Asas Permainan ( kategori serangan ) yang terdiri daripada aspek menghantar bola menggunakan tangan, kaki dan peralatan.

Murid tahun 3 Mawar melakukan aktiviti kemahiran asas permainan menggunakan peralatan


Murid melakukan aktiviti serangan dengan menggunakan kaki




Thursday 18 April 2013

MINGGU 15


PERGERAKAN LOKOMOTOR ( MELOMPAT )

Pada minggu ini murid tahun 1 Sk Bandar Baru Sri Damansara 2 melakukan aktiviti pergerakan lokomotor (melompat ) aspek yang ditekankan pada sepanjang aktiviti adalah dengan memastikan murid dapat melompat dan mendarat menggunakan kedua-dua belah kaki. Aktiviti ini merupakan salah satu item atau kemahiran dalam pentaksiarn KSSR bagi Band 2.

Memastikan murid melakukan aktiviti melompat menggunakan kedua-dua belah kaki

Salah seorang murid tahun 1 Mawar melakukan aktiviti melompat



Membersihkan dan menyusun atur semula peralatan sukan

Kerja-kerja Pembersihan Bilik Pengurusan Sukan

Pada minggu ini guru-guru Pendidikan Jasmani Dan Kesihatan bersama-sama Pengawas Bilik Pengurusan Sukan Sekolah bergotong-royong membersihkan bilik pergurusan sukan. 


antara pengawas bilik pengurusan sukan yang turut membantu


peralatan yang dikira semula untuk memastikan bilangannya mencukupi

semua peralatan sukan akan disusun semula mengikut jenis 


susunan awal peralatan yang akan diubah kedudukannya